Pada 19 April 2025, satu perbincangan penting telah berlangsung di bangunan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi merangka sebuah Pelan Tindakan Kebangsaan untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Perbincangan ini menyaksikan penyertaan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bergiat aktif dalam memperjuangkan hak serta kebajikan OKU di Malaysia.

Antara yang turut hadir ialah wakil dari Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), yang diketuai sendiri oleh Yang Dipertua. Kehadiran PERTIS membawa suara komuniti cacat penglihatan Islam ini bertujuan memastikan keperluan mereka turut diambil kira dalam pelan tindakan yang sedang dirangka.

Perbincangan ini merupakan langkah awal yang signifikan dalam usaha negara menggubal dasar yang lebih inklusif dan menyeluruh demi memastikan OKU mendapat hak, peluang dan akses yang adil dalam pelbagai aspek kehidupan. Penyertaan menyeluruh dari NGO, termasuk PERTIS, mencerminkan komitmen bersama dalam membina sebuah masyarakat yang benar-benar prihatin dan mesra OKU.