Aluan YDP
Tentang Kami
Sesuai dengan tuntutan Islam, Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) ditubuhkan bagi mendekatkan OKU penglihatan kepada hidup beragama. Bilamana golongan OKU penglihatan berhadapan dengan cabaran khusus sebagai seorang yang ditakdirkan OKU, AlQuran dan AsSunnah tetap menjadi panduan dan pedoman.
Setiap muslim dituntut untuk sentiasa berusaha memperkukuh keimanan dan amal soleh. Dalam memastikan tuntutan ini mampu dilaksanakan oleh individu OKU penglihatan, Pertis bertanggungjawab membantu dan menyediakan ruang kefahaman kepada seberapa ramai individu OKU penglihatan.
Begitu pula, sebagai warga komuniti di mana-mana tempat, setiap OKU penglihatan tidak boleh tidak akan sentiasa berada dalam lingkungan masyarakat. Bagi memastikan keupayaan seorang OKU penglihatan dioptimum, Pertas berperanan mengadakan pelbagai program-program bersama komuniti.
Dalam usaha mendukung setiap aspirasi negara, Pertis turut menyumbang bakti dalam pelbagai bidang. Selain badan tunggal yang diberi tanggungjawab menerbit AlQuran Braille Mashaf Malaysia bagi pihak kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Pertis terus menjalinkan hubungan dengan pelbagai agensi berkuasa.
Dengan dukungan seluruh pihak, setinggi syukur ke hadrat Ilahi yang memungkinkan Pertis mampu menyumbang bakti dalam apa jua situasi. Moga dengan keberkatan doa dari seluruh muslim, Pertis akan terus mampu berperanan bagi kepentingan OKU penglihatan khususnya dan ummah seluruhnya.