Pengenalan PERTIS
Tentang Kami
Kemudian, PERTIS semakin berkembang dan dikenali di setiap negeri. Setakat ini, PERTIS telah mempunyai cawangan di 6 buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Sabah dan juga Sarawak.
PERTIS juga mempunyai pusat kegiatan di beberapa negeri seperti Johor, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka. Sememangnya PERTIS sedang giat meluaskan cawangannya di negeri-negeri lain namun bergantung kepada permintaan golongan sasar di negeri-negeri berkenaan.
Terdapat 5 teras yang menjadi fokus dan sasaran PERTIS buat ahli dan komuniti OKU Penglihatan iaitu dari segi Dakwah, Belia, Kebajikan, Pendidikan dan Wanita. PERTIS juga merupakan persatuan yang khusus dalam penerbitan bahan bacaan Braille bagi komuniti OKU Penglihatan. Antara bahan bacaan yang diterbitkan oleh PERTIS ialah Al-Quran Braille, Yassin, Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, Panduan Haji dan Umrah, Iq’ra dan lain-lain bahan bacaan.
PERTIS juga menyediakan perkhidmatan untuk mentranskripsi buku-buku bacaan biasa ke dalam bentuk braille.
Keahlian
Ahli Biasa yang terbuka kepada semua orang cacat penglihatan yang beragama Islam, sudah mencapai umur 15 tahun, warganegara dan bermastautin di Malaysia. Kelulusan ibu bapa atau penjaga yang sah mesti diperolehi oleh mereka yang berumur 18 tahun ke bawah sebelum diterima sebagai ahli. Manakala, ahli yang telah mencapai keahlian selama setahun berpeluang untuk menjadi Ahli Seumur Hidup.
Selain itu, Ahli Sekutu yang terbuka kepada orang-orang Islam yang tidak cacat penglihatan, sudah mencapai umur 18 tahun, warganegara dan bermastautin di Malaysia. Setakat ini, jumlah keseluruhan ahli ialah lebih daripada 2,600 orang di seluruh negara.
Sumber Kewangan
Selain sumbangan derma, sumber kewangan Persatuan ini datangnya daripada geran tahunan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM). Selain itu, Persatuan ini juga ada menerima peruntukan daripada agensi-agensi kerajaan lain seperti Pusat Pungutan Zakat dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Persatuan ini juga menerima sumbangan daripada badan bukan kerjaan lain yang sudi memberikan sumbangan.
Seterusnya, sumber kewangan Persatuan ini juga datangnya daripada hasil jualan bahan-bahan bercetak Braille yang terdiri daripada pelbagai jenis buku agama, buku Yasin dan Tahlil dan sebagainya.
Objektif PERTIS
Silaturrahim
Memupuk dan mengeratkan tali persaudaraan dalam kalangan ahli khasnya, dan dalam kalangan golongan mereka yang cacat penglihatan amnya.
Taraf Pendidikan
Meningkatkan taraf pendidikan dalam kalangan orang-orang cacat penglihatan Islam.
Kebajikan
Menyelenggara dan menyelaras apa-apa kegiatan yang bertujuan membela dan bertanggungjawab atas kebajikan orang-orang cacat penglihatan Islam.
Aktiviti Berfaedah
Melibatkan dalam apa-apa kegiatan lain yang difikirkan berfaedah kepada ahli-ahli atau orang-orang cacat penglihatan Islam.
Kegiatan Dakwah
Menganjurkan dan menggalakkan kegiatan-kegiatan dakwah bagi faedah orang-orang cacat penglihatan Islam.
Ekonomi
Mendedah, menggalak dan meneroka peluang-peluang ekonomi bagi faedah orang-orang cacat penglihatan Islam.
Bantuan
Menyalur, menyelaras dan menyelia bantuan atau pemberian daripada badan-badan atau orang perseorangan kepada orang-orang cacat penglihatan Islam.
Rujukan
Segala kegiatan yang bercorak keagamaan hendaklah sebaiknya dirujuk terlebih dahulu kepada pihak berkuasa agama Islam untuk persetujuan dan kebenaran.