SELAMAT DATANG KE
Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia
Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia atau lebih dikenali dengan PERTIS merupakan sebuah persatuan bersifat kebangsan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) semenjak tahun 1996 dan berpusat di Kuala Lumpur. Kini PERTIS sudah mempunyai cawangan di 6 buah Negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Sabah dan Sarawak.
Sumbangan anda mampu mengubah hidup, hulurkan bantuan dan sebarkan kebaikan.
Kata Aluan YDP
Sesuai dengan tuntutan Islam, Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) ditubuhkan bagi mendekatkan OKU penglihatan kepada hidup beragama. Bilamana golongan OKU penglihatan berhadapan dengan cabaran khusus sebagai seorang yang ditakdirkan OKU, AlQuran dan AsSunnah tetap menjadi panduan dan pedoman.

Muzakarah
Perbincangan untuk mencapai kata sepakat bersama.

Riadah
Aktiviti luar yang melibat ahli persatuan.

Seminar
Melibatkan perkongsian pengetahuan bersama.

Pertandingan
Beberapa pertandingan di adakan seperti tilawah Quran dan Nasyid.
Teras PERTIS
Terdapat 5 teras yang menjadi fokus dan sasaran PERTIS buat ahli dan komuniti OKU Penglihatan
Dakwah
Menyampaikan ajaran Islam dengan hikmah dan nasihat melalui muallim OKU.
Belia
Golongan muda bersemangat, berinovasi, dan berdikari.
Kebajikan
Amalan baik membantu orang memerlukan tanpa mengharap balasan.
Pendidikan
Proses memperoleh ilmu, kemahiran, nilai, dan pembentukan karakter.
Wanita
Individu kuat, penyayang, berperanan penting dalam masyarakat.
Rakan Strategik Pertis


























Perkhidmatan
Bahan Bacaan
Antara bahan bacaan yang diterbitkan oleh PERTIS ialah :
- Al-Quran Braille
- Yassin
- Tafsir Pimpinan Ar-Rahman
- Panduan Haji dan Umrah
- Iq’ra dan lain-lain bahan bacaan.
PERTIS juga menyediakan perkhidmatan untuk mentranskripsi buku-buku bacaan biasa ke dalam bentuk braille.

Peluang Ekonomi
Mendedah, menggalak dan meneroka peluang-peluang ekonomi bagi faedah orang-orang cacat penglihatan Islam.

Kebajikan
Menyelaras apa-apa kegiatan yang bertujuan membela dan bertanggungjawab atas kebajikan orang-orang cacat penglihatan Islam.

Silaturrahim
Memupuk dan mengeratkan tali persaudaraan dalam kalangan ahli khasnya, dan dalam kalangan golongan mereka yang cacat penglihatan amnya.

Aktiviti Dakwah
Menganjurkan dan menggalakkan kegiatan-kegiatan dakwah bagi faedah orang-orang cacat penglihatan Islam.
Program PERTIS
Antara program yang dijalankan oleh PERTIS
Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Al-Quran 2025/1446H
Pada 28 Mac 2025 bersamaan 26 Ramadan 1446H, telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Al-Quran dengan penuh keberkatan. Majlis istimewa ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Dihormati Dato' Setia Prof. Madya Dr. Haji Anhar bin Haji Opir, S.S Dato' Seri...
Perbincangan Awal Pembangunan Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya (PTOKU) Baharu
Pada 19 April 2025, satu perbincangan penting telah berlangsung di bangunan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi merangka sebuah Pelan Tindakan Kebangsaan untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Perbincangan ini menyaksikan penyertaan...
Mesyuarat Agung Tahunan Pertis Johor
Pada 28 April 2025, Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) Cawangan Johor telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bertempat di [nama lokasi sebenar jika ada]. Mesyuarat ini telah berjalan dengan lancar, melibatkan pembentangan Laporan...