“Menempa Sempurna di Sebalik Ujian”

Dalam perjalanan hidup seorang insan, hanya dengan ilmu yang sebenar dia mampu mengenal siapa dirinya yang sejati. Ilmu itulah cahaya yang menyingkap hakikat, yang menuntunnya memahami kelemahan, kelebihan dan tujuan kejadiannya di dunia ini.

Bagi insan yang ditakdirkan hidup sebagai Orang Kurang Upaya (OKU), Islam tidak sesekali meminggirkan kita. Sebaliknya, Islam memandu setiap jiwa, membimbing hati kita agar tetap teguh dan sempurna di sisi Allah SWT. Kesempurnaan itu bukan pada jasad, tetapi pada iman dan akhlak yang terhias indah.

Setiap ujian yang melanda seorang hamba bukanlah titik noktah, tetapi harus difahami merupakan jambatan emas menuju kejayaan yang lebih besar. Ujian adalah undangan Tuhan untuk mendekat, untuk mendaki lebih tinggi, dan untuk membuktikan bahawa kemuliaan itu bukan terletak pada rupa atau kekuatan fizikal semata-mata.

(Kongsi dari kuliah subuh, Masjid Al-islah, 26 April 2025)

#MasyarakatCaknaOKU #OKUImarahMasjid PertisMalaysia