SELAMAT DATANG KE

Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia

Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia atau lebih dikenali dengan PERTIS merupakan sebuah persatuan bersifat kebangsan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) semenjak tahun 1996 dan berpusat di Kuala Lumpur. Kini PERTIS sudah mempunyai cawangan di 6 buah Negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Sabah dan Sarawak.

Sumbangan anda mampu mengubah hidup, hulurkan bantuan dan sebarkan kebaikan.

Kata Aluan YDP

Sesuai dengan tuntutan Islam, Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) ditubuhkan bagi mendekatkan OKU penglihatan kepada hidup beragama. Bilamana golongan OKU penglihatan berhadapan dengan cabaran khusus sebagai seorang yang ditakdirkan OKU, AlQuran dan AsSunnah tetap menjadi panduan dan pedoman.

Muzakarah

Perbincangan untuk mencapai kata sepakat bersama.

Riadah

Aktiviti luar yang melibat ahli persatuan.

Seminar

Melibatkan perkongsian pengetahuan bersama.

Pertandingan

Beberapa pertandingan di adakan seperti tilawah Quran dan Nasyid.

Teras PERTIS

Terdapat 5 teras yang menjadi fokus dan sasaran PERTIS buat ahli dan komuniti OKU Penglihatan

Dakwah

Menyampaikan ajaran Islam dengan hikmah dan nasihat melalui muallim OKU.

Belia

Golongan muda bersemangat, berinovasi, dan berdikari.

Kebajikan

Amalan baik membantu orang memerlukan tanpa mengharap balasan.

Pendidikan

Proses memperoleh ilmu, kemahiran, nilai, dan pembentukan karakter.

Wanita

Individu kuat, penyayang, berperanan penting dalam masyarakat.

Rakan Strategik Pertis

Perkhidmatan

Bahan Bacaan

Antara bahan bacaan yang diterbitkan oleh PERTIS ialah :

  • Al-Quran Braille
  • Yassin
  • Tafsir Pimpinan Ar-Rahman
  • Panduan Haji dan Umrah
  • Iq’ra dan lain-lain bahan bacaan.

PERTIS juga menyediakan perkhidmatan untuk mentranskripsi buku-buku bacaan biasa ke dalam bentuk braille.

Peluang Ekonomi

Mendedah, menggalak dan meneroka peluang-peluang ekonomi bagi faedah orang-orang cacat penglihatan Islam.

Kebajikan

Menyelaras apa-apa kegiatan yang bertujuan membela dan bertanggungjawab atas kebajikan orang-orang cacat penglihatan Islam.

Silaturrahim

Memupuk dan mengeratkan tali persaudaraan dalam kalangan ahli khasnya, dan dalam kalangan golongan mereka yang cacat penglihatan amnya.

Aktiviti Dakwah

Menganjurkan dan menggalakkan kegiatan-kegiatan dakwah bagi faedah orang-orang cacat penglihatan Islam.

Program PERTIS

Antara program yang dijalankan oleh PERTIS

Mesyuarat Agung Tahunan 2025

Pada 27 dan 28 Jun 2025, telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan bagi tahun 2025. Ianya bukan hanya tentang keputusan — ia tentang amanah, kepimpinan dan masa depan. Setiap detik dalam AGM ini… adalah satu langkah ke arah kejayaan bersama. Terima kasih kepada...

read more

Istimewa Sayyidul Ayyam di USIM

Mereka mungkin tidak melihat dunia, pada 13 Jun 2025, mereka berdiri di hadapan ratusan jemaah, memimpin Solat Jumaat dengan penuh keyakinan. Empat ahli PERTIS diberi amanah sebagai imam dan bilal di Pusat Islam USIM. Siapa sangka… insan yang diuji dengan kegelapan...

read more

National Training Week (NTW) 2025

NTW 2025 officially ended! Terima kasih untuk pengalaman yang best ni 😍 Banyak kenangan, banyak senyuman, banyak ilmu. Sampai jumpa lagi! #ntw #thankyou #fyp #fypシ #fypシ゚viral...

read more